Urusan Harta Pusaka, Harta Faraid, Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian Serta Jualan Tanah Bersama Ustazah Haliza

Anda kenal dengan ustazah Haliza? Ustazah Haliza sangat berpengalaman dalam bidang pengurusan harta pusaka dan faraid. Jadi, jika anda ada masalah pengurusan harta pusaka, harta faraid, hibah, wasiat, harta sepencarian dan sebagainya, anda boleh berjumpa bersama ustazah Haliza bagi menyelesaikan masalah ini. Ustazah Haliza mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang pengurusan harta pusaka ini. Selain itu, beliau juga berpendidikan dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya.

Seterusnya ialah Ustazah Haliza juga membuat rundingan, seminar dan ceramah mengenai harta pusaka, hibah, wasiat, dan harta sepencarian. Kebanyakan seminar dan ceramah akan diadakan secara percuma. Ustazah Haliza juga suka berkongsi maklumat dan bertukar pandangan dengan masyarakat sekeliling. Hal ini bagi masyarakat sekeliling celik agar ilmu faraid dan pengurusan harta pusaka haruslah dilakukan dengan betul dan mengikut kadar yang ditetapkan dalam agama bagi mengelakkan berlaku masalah kemudian hari.
Perbezaan Antara Wasiat, Harta Pusaka, Hibah Dan Harta Sepencarian

Sebelum penerangan lebih lanjut, jom klarifikasi dahulu apakah maksud wasiat, harta pusaka, hibah dan harta pencarian. Kebanyakan orang menganggap ia adalah perkara yang sama, tetapi ia tidak. Ia membawa maksud yang lain dan kadar pembagiannya juga tidak sama. Jadi, jom kita lihat satu persatu.
Wasiat

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas harta-hartanya. Wasiat hanya dilakukan untuk selain ahli waris. Sebagai contohnya, Ali telah mewasiatkan rumah miliknya kepada anak angkatnya, Abu.

Harta Pusaka

Bagi harta pusaka pula ialah harta yang ditinggalkan oleh si mati dan tidak mewasiatkan kepada sesiapa. Jadi, inilah yang dinamakan harta pusaka. Jadi, segala harta pusaka wajib difaraidkan mengikut kadar yang ditetapkan dalam agama islam. Walaupun si mati hanya meninggalkan wang simpanan RM 100, ia tetap wajib di bahagi mengikut kadar yang dilandaskan.
Hibah

Hibah pula merupakan sesuatu pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak yang lain. Hibah ini berlaku ketika seseorang yang masih hidup dan pembagiannya dilakukan semasa penghibah masih hidup juga. Sebagai contohnya, Haziq menghibah duit takafulnya kepada isterinya RM 800,000. Jadi, duit yang bakal di terima isterinya RM 800,000 itu tidak boleh di faraid kerana Haziq telah menghibah kepada isterinya sewaktu ia masih hidup.
Harta Sepencarian

Harta sepencarian ini adalah berlaku kepada sepasang suami isteri sahaja. Harta sepencarian ini adalah harta yang diperolehi pasangan ketika tempoh perkahwinan iaitu melibatkan harta alih wang tunai dan harta tidak alih seperti rumah, tanah dan sebagainya. Jadi, sepanjang tempoh perkahwinan, segala harta yang ada akan disebut sebagai harta sepencarian.
Kenapa Urusan Harta Pusaka Harus Disegerakan?

Jadi, di atas telah diterangkan serba sedikit dan lebih jelas tentang perbezaan harta pusaka, wasiat, faraid dan harta sepencarian. Jadi, jom kita lihat kenapa perlu urusan harta pusaka secepat mungkin dan perlu disegerakan.
Ahli Waris Faraid Meninggal Dunia

Harta pusaka haruslah dibuat pembahagian dengan cepat dan tidak boleh tangguh-tangguh. Hal ini bagi memudahkan ahli waris mendapat hak mereka dengan sewajarnya dan mengelakkan berlaku salah faham antara satu sama lain. Selain itu, mengelakkan masalah kematian ahli faraid berlapis sehingga harta pusaka tidak dapat dibahagikan mengikut kadar yang dilandaskan.
Dokumen Hilang

Pembahagian yang ditangguhkan juga akan mendatangkan pelbagai masalah antaranya ialah dokumen yang hilang atau tidak dapat dikenalpasti semula. Jadi, jika ditangguhkan terlalu lama akan menyebabkan faktor terlupa, dokumen hilang, harta tidak disenaraikan dan sebagainya akan membuat waris berputus asa dalam melakukan urusan faraid. Ini secara tidak langsung juga menyebabkan banyak harta-harta pusaka tidak dituntut dan dibekukan.
Berlaku Pergaduhan Sesama Keluarga

Hal ini yang paling ingin dielakkan iaitu pergaduhan antara ahli keluarga dalam perebutan harta pusaka. Jadi, sebelum pergaduhan berlaku yang menyebabkan perebutan harta pusaka, ahli waris perlu bertindak segera dalam membuat pembahagian harta pusaka mengikut faraid agar harta pusaka dapat dibahagikan mengikut kadar yang ditetapkan.
FAQs Tentang Urusan Harta Pusaka, Harta Sepencarian, Wasiat

Bilakah harta pusaka perlu dibahagikan?
Harta pusaka boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tetapi disarankan dilakukan secepat yang mungkin selepas hari kematian tersebut. Selalunya ia dilakukan dalam tempoh 1 hingga 3 bulan selepas tempoh bertenang ahli keluarga.Berapakah kadar faraid dalam agama islam?
Kadar fardu ditetapkan sebanyak 6 bahagian iaitu 1/2, 1/3, 2/3, 1/4, 1/6, dan 1/8.Satu bahagian waris fardu akan diputuskan berdasarkan ijtihad sahabat Rasulullah SAW iaitu sebanyak 1/3 baki setelah ditolak bahagian fardu yang lain.
Adakah wajib pembahagian harta pusaka ini?
Pembahagian harta pusaka adalah wajib dilakukan oleh waris-waris si mati. Harta pusaka juga haram di makan oleh satu pihak sahaja tanpa kebenaran waris si mati.Adakah adik beradik sendiri boleh tuntut wasiat yang telah ditetapkan?
Wasiat yang diberikan tidak boleh dituntut oleh siapapun termasuk kayak atau abang kandung sendiri. Hal ini kerana, wasiat yang diberikan adalah bersifat harta mutlak seseorang apabila berlakunya kematian seseorang.Bilakah wasiat dilakukan?
Wasiat yang dilakukan adalah ketika seseorang itu masih hidup dan mempunyai bukti hitam putih yang sah. Selalunya menggunakan seorang peguam untuk menguruskan segala wasiat yang diberikan.Ketika berlaku perceraian, seorang isteri masih berhak atau tidak menuntut harta sepencarian bersama bekas suaminya?
Tuntutan harta sepencarian boleh dilakukan semasa dalam tempoh perkahwinan, selepas berpisah serta jika berlakunya kematian .Berapa persen harta sepencarian boleh dituntut?
Harta sepencarian boleh dituntut mengikut kadar sumbangan langsung dan tidak langsung seseorang isteri dalam perolehan harta tersebut. Kadarnya berbeza seperti 100%, 75% dan 50%.Jadi di atas telah dikongsikan soalan yang lazim ditanya oleh masyarakat. Jadi, diharapkan segala perkongsian di atas dan sedikit pencerahan tentang ilmu faraid, harta pusaka, wasiat, harta pusaka dan hibah dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah pembahagian dengan betul.
Jadi, jika anda ada pelbagai soalan yang belum terjawab atau mahu mendapatkan penerangan secara lebih mendalam dan lebih lanjut anda boleh membuat pendaftaran khidmat rundingan urus pusaka melalui telefon atau whatsapp secara percuma. Anda disarankan untuk membuat pendaftaran di Whatsapp atau mesej sahaja kerana dibimbangi kami berada di mahkamah. Oleh itu terus hubungi kami di Whatsapp 018-9154363. Kami sedia membantu anda pada bila bila masa sahaja.
Alamat Pejabat:
No 306-D Lebuh Sg Ara 1,
11900 Bayan Lepas Penang


0 Ulasan